Translate

Sabtu, 18 Mei 2013

DELIMA COLLAGEN - PURE MARINE


BELI ONLINE

Anda akan dapati ada produk boleh dapat harga lebih rendah jika beli secara online sendiri.


DELIMA COLLAGEN - Pure Marine


Anda akan dapati ada produk boleh dapat harga lebih rendah jika beli secara online sendiri.

 
keberkesanan Delima Collagen
1-3 hari :> Kulit lembap, badan aktif & cergas.
1-2 minggu :> Kulit lembap serta gebu.
3-4 minggu :> Kulit lembap & gebu, jeragat & tompok hitam tampak pudar.
4-5 minggu :> Putih = Gebu = Bersih = Tegang
(Kesan-kesan ini bergantung kepada faktor fizikal seseorang)

 
 
 
 

Delima Collagen diformulasi dengan ekstrak buah-buahan terbaik seperti buah delima, manggis dan air kelapa serta diadun bersama Pure Marine Collagen dan L-Glutathione (di ambil dari buahan & sayuran) untuk membantu tubuh melawan sel-sel kanser dan radikal bebas dari udara persekitaran. Gabungan hebat ini membantu tubuh menjadi lebih aktif, sihat, bertenaga, lebih putih serta menawan.
 
 

Kolagen secara semulajadi adalah satu komponen protein penting dalam tubuh manusia yang terdapat dalam tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Menurut kajian, 30% dari jumlah protein dalam keseluruhan tubuh manusia adalah terdiri daripada kolagen. Kulit manusia akan mengendur selari dengan perubahan usia. Selain itu, radikal bebas dari udara sekeliling juga menyebabkan struktur kulit rosak. Untuk melambatkan proses kedutan dan menghalang radikal bebas ini, sel-sel kulit memerlukan protein kolagen yang banyak dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan sel-sel baru yang kuat dan sihat. Pure Marine Collagen mengandungi kolagen yang terbaik di ambil dari komponen tubuh ikan yang terpilih dan ditangkap di laut Korea Selatan. Diproses dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan keaslian dan kualiti protein kolagen tersebut. Pengambilan kolagen ini dapat menambah kuantiti protein kolagen semulajadi dalam tubuh manusia dan menjadi lebih aktif untuk menjadikan kulit awet muda dan tegang.
 
 
 
L-Glutathione (di ambil dari buahan dan sayuran) ialah antioksida yang melindungi sel-sel tubuh manusia daripada kemusnahan akibat radikal bebas dan peroxides. Antioksida dalam tubuh manusia akan berkurang akibat radikal bebas seperti pencemaran udara, alkohol, rokok dan pemakanan tidak seimbang. Antioksida tidak boleh dijana secara semulajadi dan perlu diambil dari sumber luar seperti dari makanan atau lain-lain. Delima Collagen BioAsli mengandungi L-Glutathione yang dapat membantu meningkatkan kandungan antioksida dalam tubuh manusia untuk memastikan sel-sel badan terutama di bahagian kulit menjadi lebih putih dan gebu.
 
 
Buah Delima mengandungi 'potassium yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi dan sodium serta vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Bertindak balas bersama sodium, 'potassium' mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Buah ini menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah ekzema dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot serta menguatkan jantung.
 
 
 
 
 
Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit birit dan disentri. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama di bahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Pelbagai masalah penyakit dapat diatasi dengan esktrak manggis. Khasiat XANTHONE iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan pelbagai lagi masalah.
 
 
 





MINYAK KELAPA DARA BAIK UNTUK GIGI

BELI ONLINE

 

Anda akan dapati ada produk boleh dapat harga lebih rendah jika beli secara online sendiri.

 

Minyak kelapa baik untuk gigi

30 Apr – Tahukah anda bahawa minyak kelapa yang terhadam berfungsi sebagai antibiotik semulajadi yang boleh membunuh bakteria di gigi, lantas berupaya mengurangkan kerosakan gigi. Manakala, komponen antibiotik yang terkandung boleh diguna sebagai bahan tambahan kepada produk penjagaan gigi.Minyak kelapa yang berada dalam keadaan terhadap mampu membunuh dan mencegah bakteria Streptococcus (yang seringkali terdapat di dalam mulut manusia dan mengakibatkan kerosakan gigi). Antara jenis bakteria yang boleh adalah seoperti Streptococcus mutans, iaitu sejenis bakteria yang mengeluarkan asid merosakkan gigi dan juga yis Candida albicans yang menjadi punca penyakit mulut dan kerongkong. Para saintis ini turut percaya bahawa minyak kelapa terhadam berkemungkinan mengandungi kualiti antimikrob tersendiri yang memberikan banyak faedah kepada industri penjagaan mulut dan gigi.